Nuffnang ads

Sunday, September 19, 2010

bersahabatla tanpa melihat perbezaaan

sejak ak kecik lagi, aku diasuh supaya kalu nak berkawan tu, kena memilih. maksudnya kat sini.. kalu kita nak berkawan tu kena la tgok budi pekerti. sbb mak aku cakap, kalu kte  berkawan ngan org2 yang baik perangainya, kita pun akan ikot skli jd baik. mengimbau kenangan aku zaman kat matrix dulu, aku ada sorang kawan yang pada ak mmg amat baik. beliau ni seorang yang lemah lembut dan taat perintah agama. sejak aku berkawan ngan dy, aku dekat jugakla ngan Tuhan. but after sem 1, beliau berhenti matrix n sambung kat kolej laen. sejak dari kehilangan kawan aku ni, aku start balik hobi2 buruk aku. aisehhhhh..
jadi, betul la jugak cakap mak ak tu.. walau bagaimanapun, kita haruslah jgn memilih bulu bila berkawan. maksudnya kat sini :
1) berkawan semata2 kerana harta
2) berkawan semata2 rupa yang cun melecun atau hensem tak hengat.
3) berkawan sbb budak tu mmg pandai.. boley tiru time quiz ngan test.
4) berkawan sbb budak tu baik, tak reti nak tolak pertolongan.. jadik ko suka2 la suh budak tu kemas umah, basuh baju and so on.
5)berkawan sbb ko nak kenal ngan kawan pompuan o lelaki yang ko minat.. mmg hampeh.

wahhh.. kalu nak senarai ni, mmg tak habis.. hehe..
moralnya kat sini, kita tak nak orang laen mempergunakan kelebihan yang ade pada kita (macam banyak je kelebihan kat aku nih.. kuikui), jadi kita pun jangan la buat kat orang laen camtu.

ikhlaslah bila berkawan. bak kata pepatah, kawan gembira senang di cari, kawan waktu duka kalu dapat sorg pun da boleh buat kenduri kesyukuran. (suka2 ati je tokok tambah)

meh layan gambar2 ni..
tgok dua makhluk ni. walaupun terkenal dengan permusuhan yang telah berkurun lamanya, tapi tak mustahil kan mereka ni boleh berdamai dan mencipta sesuatu yang indah bersama2..(ayat puitis..)

ade lagi ni nak tunjuk.. selamat ber'skrol'..

 
yang ni beruk mat yeh ngan burung merpati.. 

yang ni cik anj ngan cik cing lagi..

yang ni comel.. tapi harap2 bile cik imau da beso, jgn lupa kawan plak.. nnt di'ngap' terus arwah kawan ni..

cik cing bersama kawan2 beliau.

yang ni korang tau kan makhluk ape.. 

kesimpulannya.. kalu makhluk yang tak ade akal ni pun tau erti persahabatan, kita yang ada akal ni patut la dapat berfikir ngan lebih mendalam dan menghargai kawan2 kita serta menerima mereka seadanya..
sekian..

2 comments:

  1. betul2.....seb baik i like to make frens ngan semua jenis org.... :)

    carilah kawan dan jaringan yg ramai dengan ikhlass... :)

    ReplyDelete
  2. feez: baguslah kalau camtu.. makin ramai kawan makin luas pandangan..(betul ke peribahasa ni..?hehe)

    ReplyDelete